Wednesday, August 4, 2010

" 1 WASILAH "
( LANGKAH PERTAMA ) 
Tahniah! Tahniah dan Tahniah!!! Langkah pertama projek '1wasilah' berjaya dilaksanakan pada 31hb Julai 2010 @ Semenanjung, majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YM Raja Ahmad Aminullah.
Persembahan yang cukup baik oleh semua peserta yang terdiri dari anak-anak muda yang menjadikan perjuangan memperkasakan Agama, Bangsa dan Tanah Air sebagai satu jalan utama dalam hidup mereka melalui lagu dan puisi dalam projek '1wasilah'Tahniah sekali lagi! Syabas dan terima kasih! Turut ribuan terima kasih kita kepada rakan media dari Berita Harian dan Sinar Harian yang turut membuat liputan bersejarah ini.
10 lagu dipersembahkan diselang-selikan dengan bacaan puisi oleh perasmi, Pn Shamsul Kamariah, Mejar Anuar Ahmad dan Muhammad Zaki Zahari. Lagu pula dimulai dengan persembahan kumpulan nasyid 'alam ghaib' oleh pelajar sekolah menengah Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan diikuti pula lagu 'Salam' hasil ciptaan isney & aery berlirikan puisi ciptaan YM Raja Ahmad. Lagu seterusnya dipersembahkan hasil ciptaan sendiri peserta ialah '1wasilah', 'Perang Musuh Bisik', 'Kawan', 'Sekebun Bunga', 'Ratna Sari', 'Randai bersama Radziyah' - khusus untuk Mak Tam seorang isteri pejuang bangsa, 'Helah Manusia' dan lagu penutup tirai ialah sebuah lagu yang cukup menghiburkan semua hadirin iaitu 'Dongeng Tok Chai Tu'.