Friday, April 15, 2011

i'M CaPtaiN SuPeRMaiN-MaiN

╔══╗ CoFFeeCaNdy
║██║ ♫♫ + MusIc +
║(O)║ ♫ + LeT's RaWk +
╚══╝ ♥♥♥
█ ▄ █ ▄ ▄ █ ▄ █ ▄ █
Min- - - - - - - - - - -●Max
► Play. ▌▌Pause


Betapa indahnya pepatah Melayu. Yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti. Tiada kalimah yang lebih tepat untuk menggambarkan rasa hati insan yang bakal kehilangan. Lebih memeritkan saat kehilangan itu disangka ilusi yang tiada pernah menjadi nyata.Namun, itulah jua hakikat hidup ini. Tiada akan pernah kekal bahagia manusia yang bahagia. Tiada akan pernah kekal sengsara manusia yang sengsara. Kekadang di atas, kekadang di bawah. Kekadang dekat, kekadang terlalu jauh amat. Dan saat itu tiada juga seorang manusia pun yang tahu akan kehadirannya. Kerna kita hanyalah manusia yang diciptakan, bukan pencipta. Kita hanya pelakon bukan pengarahnya. Biar apa sekalipun mahu si pelakon, tiada daya baginya melainkan dengan izin si pengarah. Yang pasti, walau apapun jalan ceritanya, si pelakon hanya perlu memainkan wataknya sahaja. Dan menanti akan kesudahan kisah dunia lakonannya....


Band Name: CoffeeCandy
Line Up: 2
Genre Preferences: Alternative / Indie Pop / Instrumental Acoustic
Location: Klang, MY

CoffeeCandy Bio

Band ini dianggotai oleh dua orang anak muda yang berbakat dalam bidang muzik. Oleh kerana ketiadaan ahli kumpulan yang tetap, band ini tidaklah terlalu menonjol dikhalayak ramai dan tidak berapa dikenali masyarakat. Ahli tetap band ini hanya dianggotai oleh dua orang anak muda iaitu Mohd Isney bin Khalid atau lebih dikenali sebagai J-Bond dikalangan rakan-rakannya. Isney adalah sebagai pemain lead dan juga vokalis utama CoffeeCandy. Kemudian ia bergabung pula dengan Muhamad Zahari bin Zuraini atau lebih dikenali sebagai Uncle dikalangan rakan-rakannya. Uncle adalah pemain bass utama dan juga memegang posisi sebagai second vocal.

Mereka akan dibantu oleh rakan-rakan lain yang silih berganti. Ini adalah kerana mereka mempunyai komitmen dan cara mereka tersendiri. CoffeeCandy Band ini telah menghasilkan berbagai-bagai lagu dan diantaranya ialah "Helah si manusia, Jiwa Serigala, Menjauh, Rasa Cinta, Kawan, Rebah Di Gaza" dan banyak lagi lagu yang kini masih tersimpan rapi dalam simpanan kami. Kami juga telah mengikuti perbagai "event @ aktiviti" disekitar Lembah Klang seperti Shah Alam, Bukit Jalil, Cyberjaya, Putrajaya dan ada juga diluar Selangor seperti di Ipoh, Perak. Mengikut penerangan ahli band ini, mereka menubuhkan CoffeeCandy Band bukanlah kerana mengejar glamor dan populariti semata-mata, tetapi mereka ingin mengembangkan lagi bakat mereka dan ingin memartabatkan seni muzik tanah air (Malaysia) keperingkat antarabangsa. CoffeeCandy Band membawakan konsep Pop, Rock, dan Alternatif yang berunsurkan kemanusiaan, jiwa, perasaan, sosialis, adat budaya, dan perjuangan.
Mereka kini sedang berusaha mengumpulkan dana-dana untuk menerbitkan rakaman album CoffeeCandy & Friend's.